Muzium dan galeri Universiti_Sydney

Muzium Nicholson

Rencana utama: Muzium Nicholson

Muzium Nicholson Kepurbaan mengandungi pengumpulan kepurbaan terbesar dan berprestij di Australia. Ia juga muzum universiti tertua di negara tersebut, dan bercirikan artefak silam dari Mesir, Timur Tengah, Greece, Rom, Cyprus dan Mesopotamia, dikumpul oleh Universiti dalam beberapa tahun dan ditambahkan oleh ekspedisi arkaeologi baru-baru ini.

Muzium Macleay

Rencana utama: Muzium Macleay

Muzium Macleay dinamakan selepas Alexander Macleay, yang pengumpulan serangganya bermula pada lewat abad kelapanbelas adaah asasnya muzium ini didirikan. Ia telah dibangunkan ke suatu pengumpulan luar biasa spesimen sejarah semulajadi, artifak etnografik, alat saintifik dan fotograf-fotograf bersejarah.

Pengumpulan Seni Universiti

Pengumpulan Seni Universiti telah didirikan pada 1860an dan mengandungi lebih daripada 2500 keping, berterusan menambah melalui dermaan, pewasiatan, dan pemerolehan. Ia telah dirumahkan di beberapa lain tempat, termasuk Sir Hermann Black Gallery dan Galeri Seni Peringatan Perang.

Perpustakaan Rare Books

Perpustakaan Rare Books adalah sebahagian dari Perpustakaan Fisher dan memegang 185,000 buku dan manuskrip yang mana adalah jarang, bernilai atau mudah pecah, termasuk lapan puluh manuskrip zaman pertengahan, karya-karya oleh Galileo, Halley dan Copernicus dan suatu pengumpulan luas Australiana. Salinan Gospel of Barnabas, dan sebuah edisi pertama Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Sir Isaac Newton dipegang di sini. Pameran biasa buku jarang dipegang dalam bilik pameran.